KUALA LUMPUR : Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Antarabangsa Watsons, Caryn Loh, tema yang diterapkan dalam filem jenama tersebut menekankan kepentingan menghargai keunikan setiap ahli keluarga.
“Kempen Hari Raya Watsons tahun ini merupakan komitmen kami dalam menyatukan rakyat Malaysia semasa musim perayaan dan filem tahun ini adalah bertemakan perjalanan ke dimensi berbeza untuk mencari erti sebenar Hari Raya Aidilfitri.
“Kami berharap cerita yang menyentuh hati ini akan membangkitkan rasa penghargaan dan menginspirasi rakyat Malaysia untuk menghargai dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan insan tersayang semasa waktu yang penuh kegembiraan ini," katanya.
Filem multi-dimensi yang menghiburkan ini dibintangi oleh Ayda Jebat, Duta Watsons, serta menampilkan personaliti Malaysia terkemuka termasuk Sabri Yunus, Angeline Tan, Nadhir Nasar, Catriona Ross, Nazruddin Rahman, Ropie dan Coex.
Tambahnya, tahun ini Watsons juga telah berkunjung ke Persatuan Orang Pekak Malaysia bagi menyumbang sepuluh unit alat pendengaran bernilai RM 24,000 serta barangan keperluan kepada 17 buah rumah kebajikan dan anak yatim selain menyediakan juadah berbuka puasa bersama komuniti.
Sementara itu, Pengurus Besar, Pemasaran dan Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata kempen yang dijalankan bermula 14 Mac hingga 22 April itu turut menawarkan hadiah seperti Tesla, Vespa dan pelbagai lagi.
“Terdapat juga baucar-baucar menarik daripada Watsons dan jumlahnya adalah melebihi RM5.8 juta serta buat pelanggan Watsons yang mengunjungi Watsons atau kedai atas talian Watsons, mereka boleh mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk barangan kedua.
"Sepanjang tempoh kempen, ahli Kelab Watsons juga boleh menantikan hadiah seperti sampul duit Raya, Beg Tote Edisi Terhad, Penyimpanan Makanan Seramik, dan banyak lagi dengan pembelian bermula dari RM80 ke atas,” ujarnya.
Selain daripada promosi dan tawaran yang menarik tersebut, #KakiWatsons juga boleh mencari Resipi Raya Sihat yang di hasilkan oleh pencipta kandungan makanan @hichizarai serta tips dan trik kesihatan atau kecantikan di edisi Raya Glow TV.
Mulakan cipta kenangan unik bersama yang tersayang pada Hari Raya ini dan lawati www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Bagi yang ingin menonton filem raya tersebut boleh layari https://www.youtube.com/watch?v=_7q1j4ifsoQ serta untuk yang ingin mengetahui terma dan syarat kempen tersebut sila layari pautan ini.
Untuk makluman lanjut tentang promosi yang ditawarkan sepanjang kempen berlangsung sila layari pautan ini.
Astro Awani
Fri Mar 15 2024
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Antarabangsa Watsons, Caryn Loh dan Pengurus Besar, Pemasaran dan Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh bersama barisan pelakon filem Watsons Dimensi Raya Paling Unik. - Gambar Watsons
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Watsons Malaysia buka cawangan ke-700, tawar pengalaman membeli tiada tandingan
Watsons KSL Esplanade, Klang itu menekankan integrasi OO (Online Offline), menampilkan konsep terbaharu G9.
Meriahkan Aidilfitri anda dengan Watsons Rahsia Gaya Raya!
Kempen itu menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian di kedai Watsons mahupun secara online.
Watsons Malaysia mohon maaf atas video Legenda Cun Raya
Watsons Malaysia semalam membuat permohonan maaf di atas video Legenda Cun Raya yang mengundang reaksi negatif daripada orang ramai.